Wednesday, December 9, 2009

Al Mulk (Kuasa Pemerintahan)

AL Mulk Surah ke 67


1. Maha Berkat (serta Maha Tinggi kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu;
2. Dialah yg telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) utk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi org2 yg bertaubat);
3. Dialah yg telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yg berlapis2; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yg tidak munasabah; (jika engkau ragu2) maka ulangilah pandangan (mu) dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
4. Kemudian ulanglah pandangan (mu) berkali2, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kpdmu dgn hampa (dari melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dgn sia2)
5. Dan semi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pd penglihatan penduduk bumi) dgn bintang2, dan kami jadikan bintang2 itu punca rejaman terhadap Syaitan2; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang2.
6. Dan bagi org2 yg kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah sebruk2 tempat kembali.
7. Apabila mereka dicampakkan kedalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung2, sedang ia menggelegak.
8. Hampir2 ia pecah berkecai2 kerana kuat marahnya. Tiap2 kali ia dicampakkan kedlmnya sekumpulan besar (dari org kafir), bertanyalah penjaga2 neraka itu kpd mereka:" Tidakkah kamu pernah didatangi seorg Rasul pen=mberi ingatan amaran (di dunia dahulu)?"
9. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): 'Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai org yg mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yg besar!"
10. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan meamhami (sebagai org yg mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
11. Akhirnya mereka mengakui dosa2 mereka (sbg org2 yg kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
12. Sesungguhnya org2 yg takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat org dan semasa mereka idak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yg besar.
13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dgn perlahan atau dgn nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yg terkandung di dalam dada.
14. TIdakkah Alllah yg menciptakan sekalian mmakhluk itu mengetahui (segala2 nya? Sedang Ia Maha Halus urusan tadbiran NYa, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
15. Dialah yg menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata2 ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yg dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kamu kembali sesudah) dibangkitkan hidup semula: (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
16. Patutakh kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahaNya di langit itu: menghantarkan kpd kamu angin ribut yang menghujani kamu dgn batu; maka dgn itu. kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
18. Dan demi sesungguhnya! Org2 (kafir) yg erdahulu drpd mereka telah mendustakan (rasul2nya lalu mereka dibinasakan); dgn yg demikian, (Perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
19. Patutkah mereka menutup mata san tidak memastikan (kekuasaan Allah pada) burung2 yg terbang di atas mereka, (siapakah yg menjag ketika) burung2 itu mengemangkan sayapnya dan mengaupnya? Tidak ada yg menahannya (drpd jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah yg Maha Pemurah. Sesungguhnya Maha Melihat serta mengetahui akan tiap2 sesuatu.
20. Bahkan siapa dia yg menjadi tentera bg kamu, yg akan menolong kamu selain dari Allah Yg Maha Pemurah? (Sebenarnya) org2 yg kafir tidak lain hanyalah berada dlm keadaan terpedaya.

....sehingga ayat ke 30

Saturday, December 5, 2009

Nombor 19?

Surah Al Muddaththir 30-31
30. Pengawal dan Penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)
31. Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal2 neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat2 dan sebetul2 makhluk yg menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dgn satu bilangan yg menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan org2 kafir itu, supaya org2 yg dibei Kitab (Yahudi dan Nasrani)boleh percaya dan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya org2 yg berimanbertambah imanya; dan juga supaya org2 yg diberi Kitab dan org2 yg beriman itu tidak ragu2 (ttg kebenaran itu); dan (sebaliknya) supaya org2 (munafik) yg ada penyakit (ragu2) dlm hatinya dan or2 kafir berkata: "Apakah yg dimaksudkan oleh Allah dgn bilangan yg ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yg dikehendakiNya (menurut undang2 peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yg dikehendakiNya (menurut undang2 peraturanNya); dan yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yg diterangkan berkenaan dgn) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

Sadaqallahul Adzim

Saturday, November 14, 2009

Surah Ali Imraan, 166-175



166. Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dgn izin Allah, dan dgn tujuan Allah hendak melahirkan dgn nyata akan org2 yg (sebenar2nya) beriman

167. Dan jg dgn tujuan ia hendak melahirkan dgn nyata akan org2 yg munafik yg dikatakan kpd mereka "Marilah berperang di jalan Allah (utk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan hartabenda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dgn sebenar2nya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang):. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kpd kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dgn mulutnya apa yg tidak ada dalam hatinya. dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan

168.Merekalah juga yang mengatakan ttg hal saudara2nya (yg telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu org2 yg benar".

169. Dan jangan sekali2 engkau menyangka org2 yg terbunuh (yg gugur syahid) pd jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dgn mendapat rezeki;

170. (Dan juga) mereka bersukacita dgn kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yg telah dilimpahkan kpd mereka, dan mereka bergembira dgn berita baik mengenai (saudara2nya) org2 (Islam yg sedang berjuang), yg masih tinggal di belakang, yg belum (mati dan belum) sampai kepada mereka (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita

171. Mereka bergembira dgn balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala org2 yg beriman.

172. Iaitu org2 yg menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yg menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Utk org2 yg telah berbuat baik di antara mereka dan yg bertakwa, ada balasan yg amat besar.

173. Mereka juga ialah yg diberitahu oleh (pembawa berita) kpd mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera utk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kpdnya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah utk (menolong) kami, dan ia sebaik2 Pengurus (yg terserah kpdNya segala urusan kami)".

174. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dgn mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yg amat besar.

175. Sesungguhnya (pembawa berita) yg demikian itu ialah syaitan, yg (bertujuan) menakut2kan (kamu terhadap) pengikut2nya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jgnlah kamu takut kpd mereka, tetapi takutlah kpdKu (jgn cuaikan perintahKu), jika betul kamu org2 yg beriman.

Friday, November 13, 2009

Ilmu2 Yg Perlu Ada Pada Alim Ulama


1. Caligraphic sciences: instrumen peralatan menulis, gaya penulisan dan sebagainya.
2. Oral sciences: bahasa Arab dan fonetik, leksikografi, etimologi, tatabahasa dan sintaksis, retorik, prosodi, puisi, karangan, sejarah dan lain2 kesusasteraan.
3. Intellectual sciences: logic dan dialectics
4. Spiritual sciences
5. Theoretical rational sciences: teologi am, natural sciences, matematik
6. Practical rational sciences: etika, sains politik
7. Theoretical religious sciences: al Quran dan sunah, ilmu yang berkaitan dengan kedua2 nya seperti ilmu tafsir, ilmu hadis, teologi islam, dasar perundangan Islam dan hukum syarak.
8. Practical religious sciences: etika, etiket, ihtisab, dan semua subjek berkaitan dgn cara hidup dan ibadah Muslim
Taskopruluzade Ahmet(1495-1561) kitab Shakaik al_Nu'maniya

Wednesday, November 11, 2009

Hati seorang lelaki



Copy from : Our mangan-mangan today blog

Keribaan isteriku tersayang,


Sayang,aku tenang di sini kerana kuyakin kau telah menerima hakikat ini dgn tabah dan bijaksana. Hentikanlah tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi....tetapi kerana retaknya hati..

Perpisahan ini, Insya Allah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah...Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling mencintai kerana Allah - cinta yang lebih suci.....

"Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah imannya dan takwanya...dengan Kau suburkan selalu di hatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah dalam berharap terhadap-Mu."

"Ya Rahim....
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami . Agar di tangannya nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaanya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.

"Ya Rahman,
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan takwa yang sejati.

"Ya Rabbi,
Lembutkanlah hati isteriku agar ia mudah mengadu-ngadu pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada Mu. Hancur dan remuk redamlah dirinya dalam menerima didikanMu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.".......

Sayang, bergantunglah kepada Allah kerana hubungan kita denganNya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim.

Maka Isteriku, jangan dipinta kecilkan ujian yang menimpa ini, tetapi mintalah "dibesarkan Iman" untuk menghadapinya! Kehebatan seseorang sering diukur oleh "kebesaran" ujian yang dihadapinya. Semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka, begitulah cinta kita, semakin diuji, maka semakin membumbung tinggi. Semakin jauh, cinta kita akan menjadi semakin kukuh. Insya Allah, amin......

Ringkasan petikan dari : PAHROL MOHAMAD JUOI. - majalah Solusi, isu 13

Salam sejahtera

Ilmu adalah
untuk dikongsikan
ilmu bermanfaat akan menjadi bekal anak Adam setelah kematian