Thursday, January 14, 2010

Fadhilat Surah Al Mulk

Al-Mulk
1. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al Mulk" (Tabaarakal Ladzi)

2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kita Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (Si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah syafaat daripadanya. Maka diapun (surah) menemui ALlah SWT. Dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini (Si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan sia membaca saya, bolehkah wahak ALlah, ENgkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. MAka jika ENgkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Alla SWT berfirman: "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman: "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya."

Nabi SAW bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati.Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada kedua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak berasa kesunyian."

Anas berkata: "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan".
(Hadis riwayat Ibnu Katsir)

3. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu Tabarakal Ladzi".
(Hadis riwayat At-Tabrani)