Monday, November 21, 2011

Qasidah Burdah


يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا
وغفرلنا ما مضى يا واسع الكرم

Wahai Tuhanku! Dengan berkat Nabi Muhammad yang terpilih, Engkau persampaikanlah kiranya segala hajat-hajat kami
Dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu. Wahai Tuhan yang sangat luas kemurahanNya


هو الحبيب الذي ترجى شفاعته
لكل هول من الأهوال مقتحم

Baginda adalah kekasih tercinta yang sangat diharapkan syafaatnya 
Untuk menyelamatkan kita dari segala rasa kebimbangan yang menyelubungi hati

يااكرم الخلق مالي من الوذبه
سواك عند حلول الحادث العمم

Wahai makhluk yang paling mulia! Siapa lagi yang akan menolongku 
Selain engkau ketika berlakunya huru-hara yang menyeluruh (di Padang Mahsyar)

أستغفرلله من قول بلا عمل
لقد نسبت به نسلاً لذي عقم

Aku meminta ampun akan Allah dari dosa yang tidak diiringi amalan
Kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul








Sunday, June 26, 2011

27 Kelebihan Solat Fardhu Berjemaah

Mengapa 27 Kali Ganda?
Berkata al-Hafiz Imam Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian sebagaimana berikut iaitu:

1. Menjawab seruan muazzin dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah
2. Bersegera datang (ke masjid) untuk solat berjemaah pada awal waktu
3. Berjalan ke masjid dengan tenang
4. Membaca doa ketika memasuki masjid
5. Solat sunat Tahiyyatul masjid setelah memasukinya
6. Menunggu didirikan solat berjemaah
7. Para malaikat akan mendoakan keampunan dan rahmat untuknya
8. Para malaikat menjadi saksi bagi mereka
9. Menjawab Iqamah
10. Terselamat daripada gangguan syaitan ketika dia melarikan diri sewaktu Iqamah
11. Berdiri di dalam saf sambil menanti Takbiratul Ihram Imam atau menanti untuk bersama-sama Imam di dalam melakukan perbuatan rukun dan sunat
12. Mendapat Takbiratul 'Uula bersama-sama imam
13. Membetulkan saf-saf solat dan memenuhkan ruangan-ruangannya yang kosong
14. Menjawab ucapan imam ketika dia menyebut Sami'allahu liman hamidah
15. Pada kebiasaannya seseorang akan terselamat daripada terlupa ketika solat berjemaah, dapat meningatkan imam apabila dia terlupa (rukun atau sunat Ab'adh) dengan mengucap tasbih dan mengingatkan imam kepada mana-mana ayat al-Quran yang dia terlupa ketika membacanya
16. Memperolehi rasa khusyuk dalam solat dan pada kebiasaannya akan terselamat daripada perkara-perkara melalaikan ketika solat
17. Pada kebiasannya, (solat berjemaah) mengelokkan keadaan solat (seseorang)
18. Para malaikat berhimpun mengerumuni mereka yang solat berjemaah
19. Memahirkan kebolehan dalam tajwid al-Quran, di samping mempelajari rukun-rukun solat dan sunat-sunat Ab'adhnya
20. Dapat menzahirkan syiar-syiar Islam
21. Menyusahkan dan menyulitkan syaitan melakukan godaan dengan sebab penyatuan dan tolong menolong yang wujud ketika melakukan ibadah dan ketaatan kepad Allah Taala. Juga dapat menyuntik semangat kecergasan kepada ahli jemaah yang diselubungi perasaan malas
22. Terselamat diri daripada sifat munafik dan terselamat daripada prasangka buruk orang lain yang beranggapan bahawa dia telah meninggalkan solat fardhu
23. Menjawab salam imam
24. Para jemaah saling mendapat manfaat di antara satu sama lain ketika berdoa dan berzikir dan orang yang sedikit keberkatannya akan menumpang keberkatan orang lain yang lebih sempurna daripada dirinya
25.Tertegaknya sistem persaudaraan di antara jiran tetangga dan berjaya mendisiplinkan diri dengan waktu-waktu solat
26. Memerhati dengan khusyuk bacaan imam dan mendengarnya
27. Mengucap perkataan Aamin besama-sama imam supaya ianya berlaku serentak dengan Aamin yang diucapkan oleh para Malaikat


Fathu al-Baari-Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani,jilid 2/156-157