Tuesday, August 31, 2010

Tips utk meningkatkan kemahiran berbahasa dan kelancaran membaca bagi kanak2 lelaki

Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis

1. Fokus pada penggunaan fonik .
Membaca kpd kanak2 amat penting bagi memupuk minat membaca.Tetapi, ia tidak semestinya dapat membantu mereka utk pandai membaca. Kanak2 perlu belajar mengenal ABC, mengesan ritma dan suku kata, dan tahu perbezaan bunyi awal dan akhir dalam perkataan.

2. Terus membaca bersama anak2, walaupun mereka telah pandai membaca.
Membaca kpd anak adalah cara terbaik bagi meningkatkan tatabahasa, memupuk semangat minat membaca dan jadikan membaca sebagai kebiasaan.

3. Pilih buku yg mereka suka.
Kanak2 lelaki lebih tertarik kpd tema2 lelaki, di mana ia membentuk imej mereka sebagai seorang lelaki. Non-fiction adalah pilihan yang popular, terutamanya pengetahuan tentang sukan, teknologi, dunia kini, sains dan "cool stuff" yg mreka boleh gunakan sewaktu bercakap.

4. Asingkan kumpulan membaca di sekolah (mengikut keadaan).
Kanak2 lelaki dan perempuan mempunyai minat berbeza terhadap bahan bacaan. Apabila seorang guru memberikan mereka pilihan utk mmeilih bahan bacaaan sendiri, anak2 lelaki dan perempuan secara natijahnya akan duduk berasingan, di mana ia memberikan anak lelaki utk lbih selesa dgn buku tanpa gangguan dari anak2 perempuan yg lebih mahir membaca di dalam kelas.

5. Role model lelaki.
Seorang bapa atau lelaki memainkan peranan penting di dalam menggalakkan minat membaca dik alangan anak2 lelaki. Jika bapa menonton Astro sepanjang masa, mana mungkin seorang anak akan mengikut kata bapa utk masuk bilik dan membaca buku.Guru wanita seharusnya mencari mentor lelaki bagi kanak2 lelaki yg brada di kelas, terutamanya anak lelaki muda yg berkecimpung di dalam bidang kewartawanan, undang2, ustaz atau telekomunikasi. Mentor itu akan membaca kepada kanak2 tentang buku yg mereka suka, bertemu dgn setiap seorang utk membincangkan kerja rumah dan strategi utk kejayaan akademik.

6. Menggalakkan mana2 seni yg dapat menyemai minat terhadap perkataan.
Bahasa tidak seharusya tertumpu kepada kelas bahasa semata2. Drama, muzik, dan seni visual memberikan pelajaran yg bermakna dalam kokurikulum yg dapat membantu memperkayakan dialog, perasaan emosi, lakonan dan perhatian kepada ayat2 dan percakapan.

7. Ajar menaip seawal mungkin.
Kita harus akur bahawa: di zaman IT kini, penulisan tangan semakin berkurangan di dalam penggunaan komunikasi sebenar. Cari permainan2 games yg boleh membantu anak2 utk menaip pantas.

8. Penulisan.
Sebagaimana mana kemahiran, lebih awal anak2 itu belajar menulis, adalah lebih bagus. Kanak2 permpuan lebih gemar menulis diari atau menulis surat kepada kawan2, dengan tulisan yang cantik penuh seni. Bagi anak2 lelaki, bolehlah menyuruh mereka menulis apa yang kita baca atau menyuruh mereka menaip dengan komputer.

9. Kurangkan masa TV.
Adalah mustahil untuk menyuruh anak2 membaca tanpa memisahkan mereka daripada alat2 permainan elekronik: TV,DVD, computer games, Game Boys, iPods, Sony Playstation dan berbagai2 lagi permainan game terkini.

Fokus diberikan kepada kanak2 lelaki kerana kajian menunjukkan kanak2 lelaki tidak sebaik perempuan dalam membaca dan menulis, faktor yang menyebabkan mereka lemah dalam pembelajaran dari peringkat tadika kolej. Anak2 lelaki terutamanya, didiagnosiskan akan menghidap dyslexia (masalah pembelajaran di mana kanak2 lambat menulis dan membaca) lebih dua kali ganda dari kanak2 perempuan. Ada penemuan yang menisbahkan 1 kepada 4, ada juga yang menyalahkan guru dalam keadaan ini. Walau bagaimanapun data terkini yang telah dikumpulkan dari beberapa pertubuhan yang terkawal di US dan UK, telah menunjukkan nisbah 2 kepada 1.

Pink Brain, Blue Brain- Lisa Eliot Ph.D.

No comments:

Post a Comment