Wednesday, November 11, 2009

Hati seorang lelaki



Copy from : Our mangan-mangan today blog

Keribaan isteriku tersayang,


Sayang,aku tenang di sini kerana kuyakin kau telah menerima hakikat ini dgn tabah dan bijaksana. Hentikanlah tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi....tetapi kerana retaknya hati..

Perpisahan ini, Insya Allah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah...Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling mencintai kerana Allah - cinta yang lebih suci.....

"Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah imannya dan takwanya...dengan Kau suburkan selalu di hatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah dalam berharap terhadap-Mu."

"Ya Rahim....
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami . Agar di tangannya nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaanya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.

"Ya Rahman,
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan takwa yang sejati.

"Ya Rabbi,
Lembutkanlah hati isteriku agar ia mudah mengadu-ngadu pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada Mu. Hancur dan remuk redamlah dirinya dalam menerima didikanMu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.".......

Sayang, bergantunglah kepada Allah kerana hubungan kita denganNya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim.

Maka Isteriku, jangan dipinta kecilkan ujian yang menimpa ini, tetapi mintalah "dibesarkan Iman" untuk menghadapinya! Kehebatan seseorang sering diukur oleh "kebesaran" ujian yang dihadapinya. Semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka, begitulah cinta kita, semakin diuji, maka semakin membumbung tinggi. Semakin jauh, cinta kita akan menjadi semakin kukuh. Insya Allah, amin......

Ringkasan petikan dari : PAHROL MOHAMAD JUOI. - majalah Solusi, isu 13

No comments:

Post a Comment