Saturday, November 14, 2009

Surah Ali Imraan, 166-175



166. Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dgn izin Allah, dan dgn tujuan Allah hendak melahirkan dgn nyata akan org2 yg (sebenar2nya) beriman

167. Dan jg dgn tujuan ia hendak melahirkan dgn nyata akan org2 yg munafik yg dikatakan kpd mereka "Marilah berperang di jalan Allah (utk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan hartabenda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dgn sebenar2nya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang):. Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kpd kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dgn mulutnya apa yg tidak ada dalam hatinya. dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan

168.Merekalah juga yang mengatakan ttg hal saudara2nya (yg telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu org2 yg benar".

169. Dan jangan sekali2 engkau menyangka org2 yg terbunuh (yg gugur syahid) pd jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dgn mendapat rezeki;

170. (Dan juga) mereka bersukacita dgn kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yg telah dilimpahkan kpd mereka, dan mereka bergembira dgn berita baik mengenai (saudara2nya) org2 (Islam yg sedang berjuang), yg masih tinggal di belakang, yg belum (mati dan belum) sampai kepada mereka (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita

171. Mereka bergembira dgn balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala org2 yg beriman.

172. Iaitu org2 yg menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yg menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Utk org2 yg telah berbuat baik di antara mereka dan yg bertakwa, ada balasan yg amat besar.

173. Mereka juga ialah yg diberitahu oleh (pembawa berita) kpd mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera utk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kpdnya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah utk (menolong) kami, dan ia sebaik2 Pengurus (yg terserah kpdNya segala urusan kami)".

174. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dgn mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yg amat besar.

175. Sesungguhnya (pembawa berita) yg demikian itu ialah syaitan, yg (bertujuan) menakut2kan (kamu terhadap) pengikut2nya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jgnlah kamu takut kpd mereka, tetapi takutlah kpdKu (jgn cuaikan perintahKu), jika betul kamu org2 yg beriman.

No comments:

Post a Comment