Sunday, May 16, 2010

Perbezaan Mazhab Islam

Sebab Wujud Perbezaan

Satu jenis buah-buahan yg berasal dari sebatang pohon pokok; bukannya berjenis2 buah yang berasal dari berlainan pohon pokok. Batang pohon yg satu adalah kitab Allah dan Sunnah sementara ranting2nya adalah dalil2 syara' dan cara berfikir yg berjenis2; manakala hasil buahnya pula adalah hukum fiqh yg sekian byk dan bermacam2 itu - Prof Fath al-Bayanuni - Memahami Hakikat Hukum Islam ms 7-8.

Secara umumnya perbezaan ini timbul kerana sifat fitrah kemanusiaan dan faktor sejarah. Manusia diciptakan berbeza. Perbezaan seseorang manafsir dan mengolah sesuatu dalil al-Quran dan hadis kepada sesuatu hukum atau kefahaman. Dlm faktor sejarah, di zaman imam2 mazhab tidak terdapat susana teknologi media yg canggih bagi memperolehi hadis atau duduk bersama2 bagi membincangkan hal2 agama.

Kedua2 faktor di atas telah dihuraikan spt berikut:

1. Satu dalil yg mempunyai beberapa maksud

Dan isteri2 yg diceraikan hendaklah menunggu masa tiga kali "quroo" (Al Baqarah 2:228)

Quroo mmbawa dua erti; haid atau suci; dan juga tempoh haid atau tempoh bersih dari haid. Dlm mmengeluarkan hukum di atas, para imam mazhab berbeza dalam memahaminya. Imam malik dan Imam Shafie berpendapat perkataan quroo diatas mewakili tempoh bersih dari haid, manakala Imam Abu Hanifah: ia mewakili tempoh seseorang isteri itu berada dalam keadaan haid. Imam Ahmad dlm pendpatnya yg pertama: masa suci kemudian memperbaharuinya kpd masa dlm keadaan haid

2. Sesuatu dalil yg mempunyai makna hakiki atau kiasan

... atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air..
an-Nisaa, 4:43, al-Maidah 5:6)

Imam Abu Hanifah berkata wudhu sesorg tidak batal apabila bersentuhan antara berlainan jantina kerana ayat di atas ditujukan kpd susana persetubuhan, IMam Shafie melihat ayat tersebut secara terus dan berpendapat bahawa persentuhan kulit berlaijnan jantina membatalkan wuduk. Dia harus mengulanginya jika tiada air, dia bertayammum.
Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat bahawa wudhu sesorang yg bersentuhan kulit antara berlainan jantina hanya akan batal jika timbul syawwat. Jika tiada syahwat, maka tidaklah membatalkan wudhu'

3. Sesuatu dalil yg tidak pasti maksudnya

basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu hingga siku...
(al-Maidah 5:6)

Perkataan ilaa bermaksud hingga, oleh itu srai ayat di atas, adakah tgn dibasuh ketika berwudhu' hingga ke siku atau juga termasuk sike? Dalil yg satu di atas boleh mengeluarkan dua pendapat, membasuh tgn tidak termasuk siku dan kjuga membasuh tgn termasuk siku.

- Dr Bilal Philips - The Evolution of Fiqh, pg 94-95.

4. Penerimaan hadis yang berlainan

Masalah ini berlaku kerana setiap imam mazhab berfatwa berdasarkan hadis yg sempat mereka dgr atau temui. Imam2 mazhab terpaksa mencari sendiri dgn berhijrah ke sana sini atau bertanya kpd yg lain.

Cth tidak kesampaian hadisialah dlm hukum khamr. Imam Abu Hanifah memfatwakan bhw yg diharamkan oleh perkataan Khamr hanyalah minuman2 keras yg asalnya diperbuat drpd buah anggur (wine). Beliau tidak mengharamkan minuman keras yg diperbuat dgn sesuatu yg lain.

- Prof Dr Hasbi as-Shiddiieqie - Hukum2 Fiqh Islam: Hukum no:1038.

Akan tetapi setelah penunggalan beliau, anak muridnya Imam Abu Yusuf telah menemui sebuah hadis sahih yg menyatakan bahawa semua minuman yg memabukkan itu adalah haram.

Setiap yg memabukkan itu adalah khamr dan setiap jenis khamr itu ada;lah haram - dirawi oleh Abdullah Ibn Umar r.a, riwayat Ibnu Muslim dari kitab sahihnya, hadis no 2003.

5. Beza pendapat terhadap kekuatan hadis

Ada kalanya perbezaan ajaran wujud kerana antara imam2 mazhab mereka berbeza dalam menilai esuatu hadis, amada sahih atau daif

Conth=ihnya ialah pembatalan wudhu jikalau termuntah. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hambal berpendapat muntah membatalkan wudhu'. Pendapat ini berdasarkan kepada riwayat:

Barangsiapa yg ditimpa muntah, hidung berdarah, atau makanan dari tenggoroknya keluar lagi atu keluar air madzi; hendaklah dia meninggalkan solat, mengulangi wudhu' dan kemudian menyambubg solatbya di mana dia tertinggal, tanpa bercakap di antaranya - maksud hadis dr Aishah r.a. riwayat Imam Ibnu majah dalam kitab Sunannya: Buligh-ul-Maram - Hadis no 069.

Walau bagaimanapun Imam Malik dan Shafie berpendapat riwayat di atas tidak sahih, oleh itu mereka tidak mensyaratkan muntah sebagai sesuatu yg membatalkan wudhu.

Pedoman-pedoman Bermazhab dalam Islam, Hafiz Firdaus Abdullah, 2000, Perniagaan Jahabersa

No comments:

Post a Comment