Dalam beberapa pengajian dan bukunya, Abdul Qadir mengkritik habis-habisan terhadap org2 yg mengkaburkan serta mengelirukan pengertian tasawuf, kerana tasawuf yg benar pada dasarnya adalah bersih dan benar (ikhlas), kedua-dua itu tidak akan boleh direalisasikan dengan menampal-nampal pakaian, mengotori wajah dgn warna kuning, membelenggu tanannya, melenggok-lenggokkan suara dgn membaca hikayat orang2 soleh dan menggerak-gerakkan jari dgn membaca tasbih dan tahlil. Akan tetapi tasawuf adalah dgn kejujuran dalam mendekatkan diri kpd Allah azza wa jalla, zuhud terhadap dunia dan meninggalkan pergantungan kepada mahluk dari hati, serta memurnikan hati dari selain Allah azza wajalla.Abdul Qadir Jailani, Al-Fathur Rabbani, pg 90.
Abdul Qadir juga sangat mengecam beberapa praktikal peribadatan yang dilakukan oleh sebahagian kaum sufi, seperti melagukan suara dan mengerak-gerakkan anggota badan dalam berzikir dan amalan-amalan bida'ah lain yang sangat menyimpang dari ajaran al-Quran dan Sunnah. Dia menegaskan bahawa murid yang muklis tidak akan tertarik kecuali kalam Allah SWT. Dia tidak memerlukan "syair-syair, penari, suara-suara yang menuntut sesuatu sebagai haknya, dan para pengikut yang berteriak".
Abdul Qadir Jailani, Al-Ghun-yah li Thalibbi Thariqil Haq, Juz 2, pg 146.
No comments:
Post a Comment