Monday, February 22, 2010

Pelurusan Ajaran Tasawuf

Kritik terhadap sufi ekstrim
Dalam beberapa pengajian dan bukunya, Abdul Qadir mengkritik habis-habisan terhadap org2 yg mengkaburkan serta mengelirukan pengertian tasawuf, kerana tasawuf yg benar pada dasarnya adalah bersih dan benar (ikhlas), kedua-dua itu tidak akan boleh direalisasikan dengan menampal-nampal pakaian, mengotori wajah dgn warna kuning, membelenggu tanannya, melenggok-lenggokkan suara dgn membaca hikayat orang2 soleh dan menggerak-gerakkan jari dgn membaca tasbih dan tahlil. Akan tetapi tasawuf adalah dgn kejujuran dalam mendekatkan diri kpd Allah azza wa jalla, zuhud terhadap dunia dan meninggalkan pergantungan kepada mahluk dari hati, serta memurnikan hati dari selain Allah azza wajalla.
Abdul Qadir Jailani, Al-Fathur Rabbani, pg 90.


Abdul Qadir juga sangat mengecam beberapa praktikal peribadatan yang dilakukan oleh sebahagian kaum sufi, seperti melagukan suara dan mengerak-gerakkan anggota badan dalam berzikir dan amalan-amalan bida'ah lain yang sangat menyimpang dari ajaran al-Quran dan Sunnah. Dia menegaskan bahawa murid yang muklis tidak akan tertarik kecuali kalam Allah SWT. Dia tidak memerlukan "syair-syair, penari, suara-suara yang menuntut sesuatu sebagai haknya, dan para pengikut yang berteriak".

Abdul Qadir Jailani, Al-Ghun-yah li Thalibbi Thariqil Haq, Juz 2, pg 146.

Sunday, February 21, 2010

How High Is Your Love?

The Murids Who Tested Their Love for Each Other

Our GrandSheikh (Q) said to me, there were two murids in his homeland who would sometimes meet and assault one another with words saying to each other all manner of things. Then they would look to each other's heart to see if there came any effect from the cursing, but no change. Next, their hands they would slap each other until tiring, sitting down and blowing their hands. Still, not changing in love. Finally they would beat each other with sticks, until falling down, then laughing together. Here Satan would become angry and run away. To be like this is the highest degree for love, and for Awliya; not changing in love, whatever is coming from people. This Tariqat teaches us to endure. If angry, it means, no real love in your heart. We must accept the faults of people, as we all have so many. We must be tolerant and compassionate.

The Love Naqshbandi Way

Friday, February 5, 2010

Wujudkah Hidupan di Kosmos?

Hidupan Lain di Kosmos

Mengikut European Space Agency (ESA), bermula abad ke-21 ini, negara2 Eropah mempergiatkan lagi usaha mencari tanda2 hidupan di luar bumi, terutamanya di sistem suria. Bagi mencapai tujuan ini kapal2 angkasa bernama Rosetta dan Mars Express dilancarkan. Sila rujuk di sini.

Umat Islam bertuah kerana lebih daripada 1400 tahun dahulu Quran memberi jawapan kepada persoalan ini. Dalam surah as-Syurak ayat 29 Allah menjelaskan, "Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yang melata (daabbah) yang bertebaran pada kedua2nya. Dia maha berkuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya."

Hamka, di dalam Tafsir al-Azhar, mentafsirkan daabbah sebagai 'segala yg hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki'. Bagi Hamka ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau berkata, "Binatang yang melata bukan wujud di bumi sahaja, tetapi ia wujud juga di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang2 lain."

Dalam BBC News bertarikh 19 Febuari 2006, di bawah tajuk Top Stars Picked in Alien Search, Paul Rincon melapokan pakar astronomi, Margaret Turnbull, daripada Carnegie Instijavascript:void(0)tution of Washington, Amerika, mengenal pasti lima bintang yang mungkin mengandungi hidupan di atasnya. Kelima-lima bintang itu adalah Beta CVn (di gugusan Canes Venatici), HD 10307, HD 211 415, 18 Sco (di gugusan Scorpio) dan 51 Pegasus.

Dr. Danial Zainal Abidin-Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains