Friday, February 5, 2010

Wujudkah Hidupan di Kosmos?

Hidupan Lain di Kosmos

Mengikut European Space Agency (ESA), bermula abad ke-21 ini, negara2 Eropah mempergiatkan lagi usaha mencari tanda2 hidupan di luar bumi, terutamanya di sistem suria. Bagi mencapai tujuan ini kapal2 angkasa bernama Rosetta dan Mars Express dilancarkan. Sila rujuk di sini.

Umat Islam bertuah kerana lebih daripada 1400 tahun dahulu Quran memberi jawapan kepada persoalan ini. Dalam surah as-Syurak ayat 29 Allah menjelaskan, "Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yang melata (daabbah) yang bertebaran pada kedua2nya. Dia maha berkuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya."

Hamka, di dalam Tafsir al-Azhar, mentafsirkan daabbah sebagai 'segala yg hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki'. Bagi Hamka ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau berkata, "Binatang yang melata bukan wujud di bumi sahaja, tetapi ia wujud juga di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang2 lain."

Dalam BBC News bertarikh 19 Febuari 2006, di bawah tajuk Top Stars Picked in Alien Search, Paul Rincon melapokan pakar astronomi, Margaret Turnbull, daripada Carnegie Instijavascript:void(0)tution of Washington, Amerika, mengenal pasti lima bintang yang mungkin mengandungi hidupan di atasnya. Kelima-lima bintang itu adalah Beta CVn (di gugusan Canes Venatici), HD 10307, HD 211 415, 18 Sco (di gugusan Scorpio) dan 51 Pegasus.

Dr. Danial Zainal Abidin-Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains

No comments:

Post a Comment